Rebutia Fan Club



Join the forum, it's quick and easy

Rebutia Fan Club

Rebutia Fan Club

Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Forum Untuk Semua Jurulatih, Fasilitator dan Peserta Program Rebutia...Ukhuwwah itu indah..bila bertemu dan berpisah kerana Allah


2 posters

    Cerita Lucu

    AreChik
    AreChik
    Trainer


    Cerita Lucu Empty Cerita Lucu

    Post by AreChik Thu Apr 30, 2009 12:54 pm

    Guru : Kenapa awak lambat?
    Sin Chan: Kerana sebuah papan tanda.
    Guru: Papan tanda mana ?
    Sin Chan: Yang ada tulisan, "Sekolah di hadapan, jalan perlahan."

    *-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-

    Guru: Sin Chan, Macam mana awak eja perkataan "BUAYA"?
    Sin Chan: "B-O-O-W-A-Y-A"
    Guru: Bukan, Salah tu.

    Â Sin Chan: Mungkin itu salah , tapi Cikgu tanya
    saya macam mana saya mengeja nya, itu lah yang saya eja !

    *-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*

    Guru: Apakah formula untuk air?
    Sin Chan: "HIJKLMNO"!!
    Guru: Apa yang awak cakap tu?
    Sin Chan: Kankelmarin Cikgu kata H to O!

    *-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*

    Guru: Sin Chan, Pergi ke Peta Dunia tu, cari dan tunjuk mana Amerika Utara.
    Sin Chan: Di sini Cikgu, Sin Chan menunjukkan tepat kat Peta dunia yang
    tergantung kat hadapan kelas!
    Guru: Betul. Sekarang, Kelas, Beritahu saya siapa yang jumpa Amerika Utara?
    Kelas: Sin Chan Cikgu!

    *-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-

    Guru: Sin Chan, beritahu satu perkara penting yang kita tak ada 10
    tahun dulu.
    Sin Chan: Saya Cikgu!

    *-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*

    Guru: Bagaimana kita boleh mengelak penyakit yang di sebabkan oleh
    gigitan serangga?
    Sin Chan: Jangan kena gigit serangga.

    *-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-**-*-*-*-*

    Guru: "Boleh tak sesiapa beritahu saya perkara yang kamu tahu berlaku
    secara kebetulan?"
    Sin Chan: "Cikgu, Ibu dan Bapa saya berkahwin pada hari yang sama,
    pada masa yang sama dan juga pada waktu yang sama."

    *-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*

    Guru: Sin Chan, aneh sunggud stokin yang awak pakai ni, satu warna hijau berbintik hitam
    dan satu lagi berwarna merah berbintik biru. !
    Sin Chan: Ya betul Cikgu, memang nampak aneh, saya pun hairan kerana terdapat
    sepasang lagi dengan warna yang sama kat rumah .

    *-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*

    Guru: Sin Chan, Karangan awak "Anjing saya" adalah sama seperti yang di
    karang oleh Adik awak Adakah awak meniru kerja dia?
    Sin Chan: Tidak Cikgu, ia hanya lah anjing yang sama!
    mie
    mie


    Cerita Lucu Empty Re: Cerita Lucu

    Post by mie Fri May 01, 2009 1:05 am

    waw.. menarik3...(kata upin, ipin) hehehehe.. ni pun mak kongsi juga cerita nih...ceritanye cenggini...

    kisah nih berkaitan kebolehan mendudukkan gajah...

    Pada suatu hari, seorang raja yang mempunyai seorang puteri yang sangat cantik, mencari seseorang untuk dikahwinkan dengan anaknya. Maka raja tersebut membuat satu pertandingan kepada semua rakyat-rakyatnya.

    Pada keesokan harinya, beliau telah memanggil semua rakyat untuk berkumpul dihadapannya. Orang ramai berasa pelik melihat seekor gajah yang besar berada di hadapan mereka.

    Maka raja tersebut berkata

    "Barang sesiapa yang dapat membuat gajah ini terduduk walau dengan apa cara sekalipun, orang itu akan dapat berkahwin dengan puteri kesayangan beta".

    Maka, seorang demi seorang mencuba nasib untuk mendudukkan gajah tersebut. Cara demi cara mereka lakukan tetapi masih tidak dapat mendudukkan gajah tersebut. Tiba-tiba seorang pemuda yang berbadan kurus kering tampil untuk mencuba nasib mendudukkan gajah tersebut. Dengan tidak membuang masa, dia berdiri di belakang gajah itu. Dengan berbekalkan sebuah lastik ditangannya beliau melastik telur gajah tersebut. Gajah itu pun menggelupur dan meraung kesakitan lalu terus terduduk. Raja tersebut tergamam melihat kebijaksanaan pemuda tersebut. Raja itu berkata

    "Bagus!! Kamu sungguh bijaksana".

    Raja tersebut skali lagi ingin menguji kebijaksanaan pemuda tersebut, lalu beliau terfikir satu idea.

    "kalau betul kamu adalah seorang yang bijaksana, beta mahu kamu gelengkan kepala gajah tersebut". kata raja itu.

    Pemuda itu berfikir sejenak dan mendapat satu cara. Pemuda itu mendekati gajah tersebut lalu berbisik di telinga gajah itu, dengan pantas gajah itu menggeleng. Raja itu berkata

    "Beta tak sangka kamu memang sungguh bijak. Dengan ini, kamu layak berkahwin dengan puteri beta".

    Beberapa minit kemudian, raja tersebut bertemu dengan pemuda tersebut dan bertanyakan apa yang pemuda itu bisikkan di telinga gajah tersebut. Pemuda itu dengan tenang menjawap "Kau nak aku lastik telur kau lagi tak?" Raja itu terus ketawa.
    sekian....

      Current date/time is Fri May 17, 2024 7:31 pm