Rebutia Fan Club



Join the forum, it's quick and easy

Rebutia Fan Club

Rebutia Fan Club

Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Forum Untuk Semua Jurulatih, Fasilitator dan Peserta Program Rebutia...Ukhuwwah itu indah..bila bertemu dan berpisah kerana Allah


3 posters

    Matlamat Hidup

    idhamcute
    idhamcute
    Facilitator


    Matlamat Hidup Empty Matlamat Hidup

    Post by idhamcute Sun Apr 12, 2009 2:17 pm

    Assalamualaikum... Very Happy

    Dalam post ni, Am nak berkongsi fasal matlamat hidup.
    Tanya diri sendiri, apa matlamat hidup anda sebenarnya?
    Secara amnya, kebanyakkan antara manusia di atas muka bumi ini ingin mendapat kebahagiaan di dunia dan akhirat.
    Bagaimana hendak berjaya di dunia dan bagaimana pula hendak berjaya di akhirat?

    Sahabat,
    Am dapat dua point dalam satu artikel. Kedua-dua point itu mempunyai peranan masing-masing. Cuba kita perhatikan dan meneliti huraian dalam post ini.

    Point pertama, TUJUAN PENDIDIKAN.
    Menurut Imam Al-Ghazali, tujuan pendidikan mesti berasaskan 2 perkara"
    * hakikat ilmu sebenar
    * akhlak yang sempurna

    Menuntut ilmu bukan sekadar untuk kita memuntahkan segala pengetahuan yang kita dapat di dalam dewan peperiksaan tetapi biarlah diri kita menuntut ilmu pengetahuan untuk digunakan dalam kehidupan seharian. Hal ini demikian kerana ilmu yang kita pelajari kini tidak hanya terhenti di situ sahaja bahkan akan digunakan sehingga kita diazab. Kita belajar juga biarlah atas sebab minat dan kerana Allah S.W.T. Saya ingin berkongsi tentang minat Azali Azlan. Pada suatu malam, dia mengulangkaji salah satu subjek kegemarannya. Menariknya di sini, dia membaca buku dari waktu prep sehinggalah dia tidak sedar waktu subuh dah masuk. Begitu mendalam minatnya dalam memnuntut ilmu.

    Menurut Ibn Khaldun pula, tujuan pendidikan ada 3 perkara:
    * siap segi agama
    * siap segi akhlak
    * siap segi pemikiran
    Sahabat...keteguhan dalam agama yang membentuk akhlak. Keluhuran akhlak akan membina pemikiran yang baik. Siapkan ketiga-tiga perkara di atas nescaya tujuan kita dalam menimba ilmu adalah ke arah yang terbaik.

    Point kedua, AKHLAK & ADAB
    Untuk mendapat kebahagian di dunia dan akhirat bukan sahaja terletak pada ilmu semata-mata namun, perlu diselitkan dengan akhlak dan adab yang baik. Sesungguhnya Rasulullah S.A.W itu diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia. Contohilah Rasulullah junjungan kita. Berakhlak mahmudah akan membuatkan diri kita sentiasa tenang dan lapang. Beradab baik akan meningkatkan martabat kita di mata dan hati orang lain.

    Jadi...fikirlah dan tanyalah diri kita sejauh mana kita bersungguh-sungguh dalam menuntut ilmu pengetahuan?
    Wasalam.. study
    SisDyna
    SisDyna
    Admin


    Matlamat Hidup Empty Re: Matlamat Hidup

    Post by SisDyna Mon Apr 13, 2009 9:19 am

    Smile bagi sis matlamat sebenar kehidupan sis adalah KEMATIAN...kehidupan apa saja makhluk atas muka bumi ni pasti diakhiri dengan kematian...jadi, apa saja yang kita lakukan atas muka bumi biarlah matlamatnya adalah BEKAL untuk KEHIDUPAN SELEPAS KEMATIAN....bukan bermaksud kita kena atas sejadah aja beribadah...tetapi buatlah bakti agar kita mampu memberi manfaat kepada orang lain juge...sebenarnye lebih bagus dari kita beribadah..baktinya hanya untuk diri sendiri..kalau berbakti dengan orang lain dah jadi amal jariah...mati esok pun pahala masih jalan...Nabi pun pernah megucapkan dalam satu hadis (mafhumnya) : sebaik-baik manusia adalah yang(dirinya) paling memberi manfaat kepada manusia lain.. study
    AreLong
    AreLong
    Trainer


    Matlamat Hidup Empty Re: Matlamat Hidup

    Post by AreLong Sun Apr 26, 2009 6:15 pm

    matlamat utama yang kehidupan arelong ialah mardathillah...

    arelong perlu wawasan, misi n visi dalam hidup ini sehingga sampai ke matlamat utama...

    moga Allah mudahkan segalanya...
    idhamcute
    idhamcute
    Facilitator


    Matlamat Hidup Empty Re: Matlamat Hidup

    Post by idhamcute Wed Jun 10, 2009 5:46 pm

    InsyaAllah.....
    Amin...

    Sponsored content


    Matlamat Hidup Empty Re: Matlamat Hidup

    Post by Sponsored content


      Current date/time is Fri May 03, 2024 2:26 am