Rebutia Fan Club



Join the forum, it's quick and easy

Rebutia Fan Club

Rebutia Fan Club

Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Forum Untuk Semua Jurulatih, Fasilitator dan Peserta Program Rebutia...Ukhuwwah itu indah..bila bertemu dan berpisah kerana Allah


4 posters

    Hatiku Millikmu (Sinopsis)

    qamar91
    qamar91
    Facilitator


    Hatiku Millikmu (Sinopsis) Empty Hatiku Millikmu (Sinopsis)

    Post by qamar91 Fri Apr 10, 2009 2:23 pm

    Semakin kuusir semakin ia hadir,
    Semakin kulupakan semakin ia membelenggu fikiran,
    Kusedar kini HATIKU MILIKMU,
    Biarpun jauh kularikan diri,
    Namun ia tetap melingkar di tangkai naluri…

    Penulis: Fatimah Syarha Mohd Noordin
    Editor: Dr. Salbiah Saleman

    Sinopsis

    Umar Al-Mujahid keliru. Hatinya direntap dua cinta yang berbeza. Sukar untuknya menilai kerana hakikat kedua-dua cinta itu indah di matanya.

    Antara cinta yang pasti dan tidak pasti, Umar Al-Mujahid akur pada situasi. Dia memilih cinta yang pasti berbalas dari seorang gadis yang jelita. Kehadiran gadis itu benar-benar mengubat luka penantiannya. Dia tidak lagi mahu mengharap pada cinta yang tidak pasti daripada si dia yang dianggapnya tidak sudi. Umar sudah putus asa dengan cinta si dia. Namun hatinya tidak pernah mengerti. Bayangan si dia tetap juga menghantui.

    Tatkala dunia cinta pilihannya dilalui, suara imannya berbicara. Antara dua cinta yang dicari bukanlah segalanya…….Hatinya terkesima pada cinta ALLAH dan Rasul yang mengajaknya kembali kepada tarbiyyah dan dakwah yang pernah dilalui. Cinta tarbiyyah dan dakwah, cinta yang cuba diusir dari hidupnya kerana terlalu kecewa dengan cinta si dia yang tidak terbalas. Baginya tarbiyyah dan dakwahlah orang ketiga yang merampas cintanya. Namun, tarbiyyah dan dakwah tak pernah kecewa merebut cintanya. Cinta perjuangan itu memburunya saban waktu dengan perantaraan teman-temannya, terutamanya yang sama-sama menuntut di Sekolah Taman Islam. Rupa-rupanya, cinta ALLAHlah yang berkuntum segar di sebalik cinta tarbiyyah dan da’wah.

    “ Hatiku milik siapa?” Umar Al-Mujahid terus mencari. Dia mengalami konflik diri kerana kurang persiapan hati untuk menempuh ranjau dan duri di universiti. Akhirnya, suara iman memberikan jawapan.

    Apakah dilemma cinta yang dihadapi?
    Apakah rahsia dia boleh berinteraksi dengan imannya?
    Apakah kesudahan cinta Umar Al-Mujahid?
    Kepada siapa akhirnya diserahkan hatinya?

    Dan banyak lagi persoalan yang tersimpul dalam episod hidup Umar Al-Mujahid. Rungkaian kepada persoalan-persoalan yang melingkari kisah ini akan membawa pembaca bertanya kepada diri sendiri,

    “Hatiku pula milik siapa?”.
    qamar91
    qamar91
    Facilitator


    Hatiku Millikmu (Sinopsis) Empty Hatiku Milikmu (Episod 2)

    Post by qamar91 Fri Apr 10, 2009 2:30 pm

    Fathil mencari tempat parking berhampiran dewan besar universiti.
    Kakinya pantas menyusun rentak ke dewan, diiringi oleh Umar.
    ‘’Lawa si Maziah, kan?!’’
    ‘’Kau memang…cari orang lawa je!’’
    ‘’Kau tahu ape! Maziah tu bukan saje lawa tapi baik, tau!’’
    ‘’Buktinya?’’
    ‘’Ntah?! Aku tengok dia pandai bawa diri. Nampak terjaga…’’
    ‘’Perasaan kau je tu!Aku rasa perempuan macam tu berpotensi besar buat jiwa
    kau terseksa,’’ Umar belajar daripada pengalaman.
    ‘’Orang tak de mak we cam tu lah! Mana kau tahu tengok perempuan,’’
    ‘’Kau jangan cabar aku, Fathil. Tengoklah nanti, dalam masa sesaat pun aku
    boleh cari mak we,’’
    Pap! Satu tumbukan lembut singgah di bahu Fathil. Seorang gadis berwajah
    jelita, beraksi menggoda sedang menarik muka masam.
    ‘’Fathil nak nyorok dari Fika, ye?!’’ marah gadis itu. Comel.
    (Fika?! Gurlp!!)
    ‘’Umar, kau bertuah malam ni…memang sesaat pun!’’ Fathil separuh berbisik.
    Umar kehairanan dan cuba mentafsirkan kata-kata itu.
    ‘’Err, tak de lah Fika. Fathil sebenarnya puas cari pengganti untuk Fika. Bukan
    Fathil tak suka Fika, tapi Fathil rasa ada orang yang lebih baik untuk Fika
    berbanding Fathil. Itu tanda sayang ikhlas Fathil pada Fika. Kenalkan ni Umar
    Al-Mujahid. Dia boleh jadi pak we baru Fika,’’pandai Fathil menyusun ayat. Dia
    memang mahir bertanam tebu di pinggir bibir. Hatinya melonjak-lonjak riang
    kerana boleh bebas daripada perempuan yang dianggap merimaskan ini.
    Lagipun dia tahu, memang itu yang Fika inginkan. Fika tentu gembira melihat
    lelaki misteri yang membonceng motornya tempoh hari, kini ada di depan
    matanya.
    Umar dan Fika saling berpandangan. Umar lemas dengan renungan tajam gadis
    itu. Dia makin tenggelam dengan senyuman manis yang mula berkuntum dari
    bibir mungil bak limau seulas, merah bak delima merekah.
    (Cunnya Fika!) terbeliak mata Umar.
    (Wow, 10 kali ganda lagi hensem dari Fathil! Macam Hritik Roshan..) Fika pun
    turut terpegun dengan ketampanan Umar.
    Hidup Umar makin terawang-awangan dibuai bayangan Fika. Si gadis
    jelita. Teknologi sms ‘dimanfaatkan’ sepenuhnya sebagai penghubung saban
    hari. Kadang-kadang, sampai tak tidur malam mereka berbalas sms.
    (Jiwa aku selalu resah. Ibarat makan tak kenyang, mandi tak basah. Inikah
    makna cinta? Ya, aku rasa, aku dah jatuh cinta!)
    Kini, barulah Umar dapat merasai keseronokan memiliki seorang teman wanita
    sebagaimana yang sering diceritakan oleh Fathil. Memang seronok! Umar tak
    mampu lagi menongkah arus di lautan cinta remaja yang menipu daya. Dia
    membiarkan dirinya terus dan terus hanyut dipukul badai cinta yang kian
    bergelora. Cinta yang terumbang-ambing di samudera luas dan tak tertinjau
    tepiannya. Kini, malamnya ditemani mimpi-mimpi indah,siangnya teruja dek
    warna-warni cinta. Cinta itu indah.
    (Fika, kau istimewa! Bagiku, kaulah penyingkap makna cinta di hati ini… Fika,
    bayanganmu sentiasa menemaniku. Fika, hatiku milikmu! Oh, Fika…)
    Tok!Tok! Assalamualaikum…
    Kebetulan, Fathil hendak membuka pintu untuk keluar tatkala pintu biliknya
    diketuk.
    ‘’Umar ada?’’ seraut wajah bersih seorang lelaki tercegat di depan biliknya. Bibir
    lelaki itu menguntum senyuman. Tangannya dihulur untuk berjabat tangan
    dengan Fathil. Fathil menyambut salam dengan kekok.
    ‘Saya Banna… Hassan Al-Banna,’’ lelaki itu memperkenalkan diri.
    ‘’Kenal…selalu dah nampak muka kau tapi tak tahu nama. Kau duduk kolej
    sebelah, kan?!’’
    ‘’Mmm…awak?’’
    ‘’Aku Fathil,’’. Sejurus selepas itu Fathil melaung memanggil Umar.
    ‘’Umar, kawan kau datang!’’ Tiada laung balas. Senyap. Handset Fathil pula
    berirama minta diangkat.
    ‘’Hello, Joe! Dia masih ada kat stall tu? Aku nak pergi lah ni,’’. Fathil tergesagesa
    mengikat tali kasut.
    ‘’Umar tertidur, kot. Pergi lah jenguk dalam compartment dia tu!’’ Ujar Fathil
    kepada Banna. Banna mengangguk. Fathil meluru keluar sebaik sahaja tali
    kasutnya kemas diikat.
    Banna masuk ke compartment Umar. Dia sedang nyenyak tidur. Tidur
    petang. Di dalam genggamannya yang terbuka, Banna menjeling kepada satu
    mesej yang tertera di skrin handset.
    Bang Umar, takkan asyik sms je. Petang esok kita jumpa kat PWTC nak?
    Bolehlah bang…plizzzzzz….luv u!!! Fika saaaaaayang abang. Ummmwahhh!
    Banna terkejut membaca mesej itu. Dikelip-kelipkan matanya bagaikan tidak
    percaya.
    (Umar sedang bercinta?) hatinya sukar menerima.
    Selang seketika, pintu bilik itu dikuak orang. Fathil masuk tergesa-gesa tanpa
    membuka kasut. Dia mengambil sekeping kad bersampul biru muda.
    (Tertinggal agaknya…)Banna memandang Fathil dengan senyuman.
    ‘’Dia tak bangun lagi ke?’’ Fathil sempat menjenguk Banna di dalam
    compartment Umar.
    ‘’Emm..tak lagi!’’ balas Banna masih tersenyum. Fathil mendengus lalu
    menggoyang-goyangkan bahu Umar.
    ‘’Woii, bangunlah….kawan kau datang ni!’’ tengking Fathil. Umar menggosokgosokkan
    mata. Dia menatap paparan mesej di skrin handset seketika, kemudian
    pantas menutupnya.
    ‘’Macam tu lah dia. Hari-hari main sms sampai tertidur. Aku nak ajak keluar pun
    susah sekarang ni,’’ leter Fathil . Hati Banna makin curiga dengan Umar.
    ‘’Err, nak ke mana tu?’’ Banna sempat bertanya.
    ‘’Nak ke stall. Sekarang ni kan Mujahidah Week, bolehlah membeli sambil
    ngorat mujahidah…’’ Fathil ketawa berdekah-dekah dengan lawaknya. Banna
    turut tersenyum.
    ‘’Chow dulu…’’ Fathil melemparkan senyuman ramah.
    (Bagus dia, mudah masuk ngan orang…) hati Banna memuji Fathil.
    Banna menerangkan kepada Umar bahawa dia datang untuk mengajak
    Umar menghadiri perjumpaan mingguan smart group bagi pelajar-pelajar
    lepasan Sekolah Taman Islam, sebuah sekolah swasta yang tidak asing lagi di
    negeri Utara. Namun, tak semua orang yang menyertainya berasal daripada
    sekolah itu, majoriti mereka daripada situ. Smart group ditubuhkan bertujuan
    untuk mengumpulkan mereka, berbincang soal akademik, akhlak, isu semasa,
    tarbiyyah dan da’wah. Smart group juga dapat mengikat hati-hati mereka agar
    tetap bersama sahabat-sahabat yang soleh dan suasana yang mendidik.
    Kewujudan smart group adalah cetusan dari kesedaran bahawa fatamorgana
    dunia hari ini terlalu menipu daya. Maka, setiap jiwa yang hajat kepada Islam
    perlu dikumpulkan bersama biarpun dalam smart group kecil agar mereka boleh
    lengkap- melengkapi dan kuat- menguatkan menghadapi cabaran jahiliyyah.
    (Ahh, boleh blahlah smart group! Pergi jahanam dengan Asiah Yusro… Aku
    dah besar, aku tak perlukan smart group. Aku bukan pelajar Sekolah Taman
    Islam lagi. Aku mahasiswa universiti. Smart group, namanya pun sudah jelek
    aku mendengarnya!)
    ‘’Banna, ana ada hal lah esok,’’ Umar masih mengekalkan ganti nama ana yang
    cukup sebati dituturkan di Sekolah Taman Islam.
    ‘’Hal apa yang lebih penting dari smart group?’’
    ‘’Err…nak buat assignment, banyak lagi tak siap. Hari Isnin ni dah kena hantar,’’
    Umar beralasan. Dia sudah pandai berbohong.
    ‘’Kalau macam tu, kita buat smart group di bilik nta. Sambil-sambil tu, kami
    semua boleh tolong nta siapkan assignment..’’ Banna menawarkan pertolongan.
    ‘’Eh, tak yah lah…ana boleh buat sendiri,’’Umar menolak.
    ‘’Datang smart group kejap je, Umar. Tak sampai pun sejam. Insyallah, kalau nta
    datang, Allah akan permudahkan urusan nta untuk buat asignment . Kalau kita
    tolong agama Allah, Allah akan tolong kita. Smart group bukan benda mainmain,
    ianya tanda sensitiviti kita pada agama. Sahabat-sahabat kita semuanya
    dah cukup rindu kat nta,. Masuk ni, dah tiga kali nta tak datang. Bayangkan tiga
    minggu nta menghilang, macam mana sahabat-sahabat kita tak risau?!’’
    (Mereka semua ni sama cam dulu. Ambil berat sungguh! Tapi, aku dah bosan
    dengan smart group…)
    ‘’Malam kami ziarah bilik nta ramai-ramai tu, nta ke mana? Bukan ke kita dah
    janji?!’’ Banna melontarkan persoalan.
    ‘’Ana minta maaf. Ana terlupa. Malam tu, Fathil ada urusan. Ana temankan dia.
    Tak sempat nak hantar mesej kat nta,’’
    ‘’Umar, ana bukan nak marah, ana masih sangka baik kat nta. Nta tetap sahabat
    kami sampai bila-bila. Datanglah esok…’’
    ‘’Esok memang ana tak bolehlah. Kirim salam je lah kat semua. Kalau ditanya,
    katakan ana banyak assignment,’’
    ‘’Insyallah. Oh ya! Dr. Azmin kirim salam . Dia kata puas dia contact nta tapi tak
    dapat-dapat,’’. Wajah kebapaan bekas guru di Sekolah Taman Islam yang kini
    sudah bergelar pensyarah itu, bertandang di fikiran Umar. Baru semalam dia
    bertembung dengan Dr. Azmin namun dia cepat-cepat mengelak.
    (Aku tak nak jumpa Dr. Azmin lagi. Aku dah bosan dengan bicaranya tentang
    tarbiyyah dan da’wah. Tarbiyyah, da’wah? Pergi jahanamlah…aku dah meluat.
    Pergi jahanam bersama Asiah Yusro)
    ‘’Ana dah tukar sim card?’’jawab Umar bersahaja.
    ‘’Kenapa tak inform?’’
    ‘’Ana nak rahsiakan nombor ana,’’ Umar tak berselindung.
    ‘’Kenapa ni Umar?’’hairan Banna dibuatnya.
    ‘’Ntah?!Bosan…’’getus Umar. Wajahnya berkeriut kebencian.
    ‘’Bosan? Bosan dengan apa?’’
    ‘’Bosan dengan semua yang ada di Taman Islam. Ana rasa terkongkong. Betulbetul
    bosan! Rasa muak bila diajak ke program-program tarbiyyah terutamanya
    smart group. Tolonglah…ana tak nak dengar perkataan tu lagi, bosan! Ana tak
    nak semua ni. Ana nak rasa enjoy macam orang lain. Ana tak tahan dan
    memberontak bila kat sini pun korang semua masih nak kongkong ana macam
    kat Taman Islam dulu. Ziarah, usrah, ukhuwwah, da’wah, tarbiyyah…ahh,
    meluat!’’terpancul kata-kata yang sarat luahan.
    (Kenapa aku luahkan semua ni? Ahh…biarkan…biarkan…dah lama benar ia
    terpendam) Umar puas dengan luahannya. Peluh dingin memercik di dahi.
    Banna terpaku.
    (Benarkah apa yang aku dengar ini? Alam nyata ke ni?)
    ‘’Umar, nta bosan dengan hidayah Allah?’’ Banna mengungkap.
    (Gurlp! Bisa sungguh pertanyaan ni!)
    ‘’Umar, kat Taman Islam dulu, nta Ketua Pengawas yang sangat ana kagumi.
    Ana masih ingat lagi kata-kata nta dulu….. diri kita ibarat cawan. Kalau kita tak
    tuang di dalam cawan dengan air, molekul-molekul angin akan masuk.
    Begitulah juga diri kita, kalau kita tak tuang dengan ilmu dan iman, anasiranasir
    lain akan masuk. Kita hajat kepada tarbiyyah untuk mengisi diri kita
    dengan bekalan iman agar hidayah Allah kekal dan tak hilang dalam hati. Kita
    terlalu hajat pada hidayah Allah,’’ Banna menyambung lagi,
    ‘’Umar, ke mana pun kita lari dan pergi, kita akan kembali kepada Allah. Kita
    tak boleh sombong dengan Allah. Allah boleh menapis diri kita daripada
    mendapat hidayah-Nya bila-bila masa saja, sebab tu lah kita perlu bersyukur
    dengan hidayah Allah dan perlu berusaha mengekalkannya. Allah dah
    tunjukkan jalan yang terbaik untuk kita, kenapa kita nak sia-siakannya?’’
    ‘’Ahh, jangan ulang ucapan tu lagi. Ana bosan mendengarnya,’’ jiwa Umar
    gersang. Sudah lama tak disirami hujan iman.
    (Itu dulu. Apa yang aku dapat dari semua tu? Kerana semua tu lah, aku
    mengenali Asiah Yusro, lantas sejak itulah perasaanku terseksa. Aku juga tahu,
    kerana semua tu lah Asiah Yusro tak membalas cintaku. Semua tulah yang
    merampas Asiah Yusro dariku. Aku benci!!!)
    ‘’Umar, jangan cuba lari dari hidayah Allah. Fikirkanlah, sampai bila nta nak
    berkrisis dengan Allah macam ni? Hidup ini takkan selamanya begini. Kita akan
    mati berjumpa Allah. Nta nak termasuk di kalangan orang-orang yang rugi?’’
    Banna tidak jemu melembutkan hati Umar. Banna terdiam.
    (Ahhhhhhhhh….bosannya!!! Tapi, betul juga cakap Banna)
    ‘’Ana tak sekuat nta, Banna. Ana futur, tak larat nak bangun balik. Nantilah,esok
    kalau ada masa ana datang smart group,’’ jiwa Umar terusik. Banna tersenyum.
    Air liurnya tak terbuang sia-sia.
    ‘’Ana akan tunggu nta.Bukan ana je, tapi kami semua akan tunggu nta. Ingat,
    sahabat-sahabat kita rindukan nta, terutamanya mas’ul kita, Dr Azmin,’’
    Irama handset Umar berbunyi. Umar nampak gugup.
    ‘’Hello, err, nanti abang telefon kemudian. Abang ada tetamu ni…’’ Umar
    menjawab panggilan dengan ringkas. Banna faham lalu meminta diri.
    ‘’Tak per lah Umar, ana pergi dulu. Nak jumpa adik kembar ana kat stall jap,
    Assalamualaikum. Jumpa lagi,’’ Banna bangun beredar. Umar membalas salam.
    Selang seketika,handsetnya berbunyi lagi. Umar menjawab panggilan itu dengan
    suara lembut. Banna menjeling.
    (Adik dia kot…)hati Banna cuba berbaik sangka. Namun, otaknya ligat berfikir
    sesuatu. Basah di ingatannya mesej yang sempat dicuri-curi baca sebentar tadi,
    lalu dia membuat satu sms.....
    qamar91
    qamar91
    Facilitator


    Hatiku Millikmu (Sinopsis) Empty Hatiku Milikmu (Episod 1)

    Post by qamar91 Fri Apr 10, 2009 2:38 pm

    HATIKU MILIK SIAPA???????
    (Bosan! Serabut! Boleh blahlah kau Asiah Yusro…….. aku tak nak seksa perasaan aku lagi) ahti Umar merintih pedih. Penantian itu satu penyeksaan. Bertahun-tahun lamanya dia menanti handsetnya berirama dengan satu mesej kepastian daripada gadis itu. Bertahun-tahun itu jugalah jiwanya sentiasa resah. Entah bila penantiannya akan berakhir dengan satu jawapan. Entah bila…….

    “ Umar, kau nak beli sim card baru, kan?” soal Fathil tatkala melihat teman sebiliknya asyik membelek-belek handset.
    “A’ah!” Umar mengangguk ringkas.
    “ Beli yang aku punya je lah,” tawar Fathil.
    “ Separuh harga?” acah Umar.
    “Beres. Kau nak sekarang, ka?”
    “Tak nak…….” Umar acuh tak acuh.
    “Cis, buang karan je!” bentak Fathil.
    “ Bukan tak nak beli tapi tak nak kau main-mainkan aku. Kau nak jual betul-betul ke ni?” Umar meragui.
    “ Muka hansem aku ni ada gaya penipu ke?” Fathil berwajah serius.
    “ Aku pelik sebenarnya. Bukan ke baru sebulan kau beli sim card tu? Tiba-tiba nak jual, mesti ada apa-apa.”
    “ Tak sampai pun sebulan…….” Fathil membetulkan fakta.
    “Habis tu nak beli yang lain plak?”
    “Mmm…. dh beli pun. Aku sebenarnya nak lari dari makwe aku. Malas nak apa-apa kenangan. Aku tak nak dia tahu nombor baru aku ni,”
    “ Tiap-tiap malam gayut, tiap hjung minggu asik dating pun, boleh clash jugak?”
    “Biasalah……… lelaki mudah bosan. Seplayboy-playboy aku pun, aku nak cari perempuan baik tau. Dia ni emm…….. tak kena selera gadis impian akulah. Aku malas nak cerita kat kau. Kau tahu apa Umar……..tak pernah bermak we,” Fathil meluahkan.

    Dia sebenarnya cemburu apabila teman wanitanya asyik mendesak dia menceritakan tentang seorang lelaki. Teman wanitanya terlihat lelaki itu membonceng motornya pada suatu petang dan asyik memuji ketampanannya.
    (Siapa yang tidak cemburu….dan, kau tahu Umar……kaulah lelaki itu.)

    “Aku bukan jenis mainkan perempuan macam kau……” Umar menyindir.
    “Eleh….kau nak kutuk aku lah tu. Kau tahu tak Umar, aku clash dengan dia sebab tak nak mainkan dia lagi. Aku dah syok kat awek lainlah,”
    “Ish, awek malang mana lah pulak yang akan jadi mangsa kau kali ni….Dasar playboy!” sinis mengenakan Fathil sambil tersenyum.
    “Dengki lah tu! Kau mengaku jelah Umar, kau tak berani macam aku nak cari mak we. Sampai sekarang tak der mak we. Dayus! Penakut!” Fathil pula mengenakan Umar.
    “ Penakut?! Sikit pun aku tak takut lah…….Aku malas jer!”
    “Eleh cakap bolehlah. Kau kena tunjukan pada aku. Aku cabar kau tackle Maziah,” Fathil tersenyum sinis. Dia yakin Umar akan tewas dengan cabarannya.
    “Maziah mana pulak ni?”
    “Classmate aku. Sombong betul dia…… buat aku tercabar je. Nanti ada peluang aku tunjuk kat kau. Tapi ingat aku dah syok giler kat dia. Aku suruh kau tackle je, lepas tu kau bagi jalan kat aku,”
    “ Kau kan mahir bab-bab tackle perempuan. Kau jelah yang tackle dia,”
    “Kan betul kau penakut. Malu aku nak ngaku kawan……. Kau tahu tak, Maziah ni bukan perempuan sepsis biasa-biasa, dia lain sikitlah. Sebab tu lah kalau kau boleh tackle dia, aku memang tabik kat kau,”
    “Hey, aku beranilah! Tapi buang masa aku je tackle perempuan…” Umar menolak cabaran.
    “ Kau ulang lah kau berani 1000 kali. Aku tak kan percaya selagi kau tak tunjukkan pada aku. Nah, ambil sim card ni. Kalau berani,aku cabar kau tackle Maziah dengan apa cara sekalipun……..” wajah Fathil hambar. Dia keluar meninggalkan Umar sendirian.Dia ingin menghabiskan malamnya di cyber café, manalah tahu boleh sangkut dengan mana-mana awek dalam laman chit chat.

    (Buang masa layan Umar. Jenis budak baik, budak baik jugalah……..)bisik Fathil.

    Umar tercabar. Dia mendengus. Sim card baru diisi ke dalam handset. Sejurus selepas itu, irama handset berbunyi.

    “Hello!Fathil….” suara lunak seorang gadis menerjah masuk ke gegendang telinga Umar.
    “Err, hello. Fathil tak der,” Umar gugup berhadapan suara itu.
    “Ah, alas an je tu! Fika tak percaya……Fika nak cakap dengan Fathil, cepatlah……” suara itu mendesak.
    “Betul……. dia keluar.Sumpah!” Umar meyakinkan.
    “ Dah dekat 1000 kali Fika call, kenapa dia tak angkat?”
    “ Sebenarnya dia dah pakai nombor baru. Ni dah jadi nombor saya.”
    “Fika dah agak……. dia nak larikan diri dari Fika. Tak tahu apa salah Fika…..semua jantan memang macam tu, suka permainkan perempuan,” suara itu bertukar sebak. Tersentuh hati Umar.
    “Tapi tak semua…” Umar membela kaumnya.
    “Fika tak pernah jumpa pun… semua lelaki yang Fika kenali tak boleh harap,”
    “Err, suatu nanti jumpalah…”
    “Huh, entah bila…”
    “ Berdoalah kepada Allah,”
    “Berdoa?” gadis itu ketawa terbahak-bahak dengar saranan Umar.

    (Aku buat lawak ke?) bisik Umar keliru.

    “Okeylah.Nanti saya duduk kat sejadah dan berdoa 24 jam.Untung-untung, putera dari kayangan pun turun nak melamar saya. Okey, bye!” gadis itu melawak samsil ketawa lagi.

    Hati Umar bergetar. Inilah kali pertama dia bercakap dengan melali telefon. Itupun secara tidak sengaja. Suasana di Sekolah Taman Islamnya dulu tidak pernah memberi peluang dan ruang untuknya mengenali seorang perempuan dengan lebih dekat. Jauh sekali untuk berhubung begini. Kali pertama dia cuba mendekati perempuan sewaktu awal masuk ke universiti. Itupun tak dilayan. Masakan tidak, perempuan itu Asiah Yusro, perempuan yang terkenal waro’ pada waktu sekolahnya dulu.

    Suara merdu gadis yang baru dikenalinya sebagai Fika terngiang-ngiang di pendengarannya.

    (Merdu sungguh suaranya, tentu wajahnya pun menawan. Lagipun Fathil syok kat perempuan-perempuan cantik je. Tapi, kenapa boleh clash pulak?)

    (Astaghfirullah!Fitnah besar pada hatiku ini…)

    Umar menepis bisikan-bisikan liar yang singgah di hatinya. Tiba-tiba irama handsetnya berbunyi lagi.

    “Hello,Fika ni!”
    Gurlp! Umar menelan liur.
    “Hello!” balas Umar.
    “Mmm. Fika lupa nak perkenalkan diri tadi. Saudara jugak tak kenalkan diri pun,” Umar terlopong. Suara merdu itu benar-benar menggetarkan hatinya.
    “ Nama penuh Fika, Nur Syafika binti Amir. Pelajar Kejururawatan. Saudara?”
    “Err…..Umar Al-Mujahid bin Muhammad Suyuti,”
    “Wow, machonya nama. Orangnya pun mesti macho…”
    “Ish, takderlah. Biasa je…”
    “Mmm, merendah diri pulak. Awak mesti best. Kalau Fika panggil Abang Umar, boleh?”
    “Abang?!” Gurlpp!!!!!
    “A’ah…tanda respect Fika, bukannya ada apa-apa. Boleh kana bang Umar?!”
    “Err..” kelu lidah Umar.
    “Okeylah bang Umar. Fika chow dulu. Nanti Fika call lagi. Kalau rindu Fika smslah…miss you my hero! Ummmwah..”

    Gurlp! Sudah ke berapa kali Umar menelan liur. Fikirannya jauh menerawang.
    Dia cuba membayangkan wajah Fika. Hatinya dibuai bisikan-bisikan asyik
    tentang seungkap nama Nur Syafika. Suara halus selunak buluh perindu itu
    terus bermain-main di ingatan. Umar cuba menepis tapi kali ini dia tak berdaya
    lagi. Suara itu terlalu merdu dan menggoda. Umar mengukir senyum sendiri.

    ‘’Umar, kau nak tengok persembahan teater, tak?’’ Fathil mengajak.
    Kepalanya ligat mengatur strategi untuk mempengaruhi Umar. Dia mesti bijak
    menjerat Umar agar dia boleh bebas daripada buruan Fika. Baru petang tadi dia
    diburu lagi oleh Fika dengan pelbagai pujuk rayu. Akhirnya dia menjanjikan sesuatu untuk Fika kerana dia tahu dia tak boleh bebas daripada gadis yang licik
    itu selagi Umar tak dijadikan penggantinya.

    ‘’Tak minat!’’ balas Umar. Ringkas.
    ‘’Cis, budak skema! Tak sporting lah kau ni… Jom lah Umar, aku bukannya
    ajak kau club in, tengok teater dalam universiti je. Lagipun, bukan ada apa-apa
    malam ni…bosanlah!’’
    ‘’Aku tak nak!!’’ tegas Umar.
    ‘’Okey, kalau kau tak nak ikut, aku nak ubah plan pergi disco. Kau sanggup
    tengok kawan kau nak pergi tempat maksiat, Umar?’’ Fathil tahu kelemahan
    Umar, seterusnya cuba menjerat.
    ‘’Tapi…Hizbi, Banna, Hanif, Faizi dan Syamil nak datang malam ni…’’
    ‘’Oh, kawan-kawan kau yang selalu datang tu. Baik aku chow cepat-cepat. Aku
    segan lah ngan diorang tu. Geng-geng malaikat tu, aku pulak geng setan. Ntah
    macam mana aku sebilik ngan kau sebab kau pun geng diorang jugak, kan?!’’
    ‘’Diorang tu satu sekolah ngan aku dulu…Tapi Hanif ngan Faizi bukan! Mereka
    kawan baik aku,’’
    ‘’Patutlah kau pun ala-ala malaikat skit. Tak sebulu ngan aku…’’
    ‘’Hey Fathil, jangan kata cam tu! Aku pun gila-gila macam kau jugak tau. Ingat
    aku suka sangat diorang datang? Aku pun dah bosan dengan diorang. Asyik nak
    ajak aku pergi program agama je, ingat ni zaman sekolah dulu lagi agaknya,’’
    ‘’Kau biar betul, Umar. Cakap bolehlah…’’ Fathil ragu-ragu.
    ‘’Okey, aku ikut kau pergi tengok teater!’’
    ‘’Hah, macam tu lah kawan aku! Jangan pandai cakap je tapi kena tunjukkan.
    Macam ni lah yang aku nak…’’
    Fathil menghidupkan enjin motorsikal krissnya. Umar membonceng di
    belakang. Kepalanya asyik memikirkan pertemuan yang bakal diatur antara
    Umar dan Fika.
    ‘’Eh..eh.. Maziah lah!’’ Fathil tak menyangka terserempak dengan Maziah.
    ‘’Yang mana?’’
    ‘’Tu, tu, baju putih…’’
    Umar berpaling ke belakang. Matanya liar meneliti gadis berbaju putih yang
    sedang menunggu di perhentian bas bersama beberapa orang kawannya.
    Kelajuan motorsikal yang dipandu oleh Fathil menyebabkan pandangannya
    mampu menatap wajah Maziah sekilas cuma.
    ‘’Nampak tak?’’ suara Fathil agak meninggi melawan frekuensi angin.
    ‘’Sikit-sikit je..kau bawa motor laju sangat,’’balas Umar.
    ‘’ Okey, aku pusing lagi sekali. Cam betul-betul tau…’’ Fathil bertindak seperti
    apa yang dikata. Sebaik sahaja melepasi perhentian bas itu, dia memperlahankan
    motorsikalnya sambil berteriak gatal,
    ‘’Maaaziaaahhhh…!’’ Gadis itu memandang tepat. Kawan-kawannya juga turut
    memandang. Panahan matanya tembus ke hati Fathil hinggakan motorsikal yang
    dipandunya hampir hilang kawalan. Nasib baik sempat cover.
    (Boleh tahan! Tapi, macam pernah nampak, di mana ya?) bisik Umar.
    Umar cuba mengecam wajah Maziah sekali lagi. Matanya beralih fokus kepada
    seseorang.
    (Eh, Asiah Yusro?!)Dia terperanjat melihat gadis yang berada di tepi Maziah
    ialah Asiah Yusro, gadis pujaan hatinya.
    (Alamak, mesti Asiah Yusro terkejut tengok aku naik motor dengan budak gilagila
    macam Fathil ni. Mesti dia sangka aku tak thiqoh lagi. Ahh,..biarkan. Boleh
    blah lah Asiah Yusro dengan thiqoh kau tu…kaulah wanita paling kejam.
    Bertahun-tahun kau buat jiwa aku terseksa!)
    qamar91
    qamar91
    Facilitator


    Hatiku Millikmu (Sinopsis) Empty Hatiku Milikmu (Episod 3)

    Post by qamar91 Sun Apr 12, 2009 11:39 am

    Assalamualaikum. Smart Group bertukar venue di PWTC, kul 5.30 ptg esok.
    Banna melangkah ke gerai yang berderet-deret tersusun berhampiran
    dewan besar universiti sempena Mujahidah Week. Dia mencari gerai kepunyaan
    Kelab Penulisan. Adik kembarnya berniaga di situ. Dari jauh, Banna melihat
    adiknya Maziah bersama Asiah Yusro, teman baik adiknya sedang sibuk
    menyusun buku-buku di gerai mereka.
    (Ish, Asiah Yusro pun ada?! Seganlah….)hati Banna berbisik. Dia mengakui
    hatinya resah tiapkali terpandang Asiah Yusro, mawar mujahidah acuan Sekolah
    Taman Islam yang sangat dihormati kerana ketokohannya dalam tarbiyyah dan
    da’wah. Lantaran itu, hatinya akan segera beristighfar. Dia tidak mahu jiwanya
    dibiarkan parah dibaham mazmumah.
    Banna memberanikan jua kakinya melangkah mendekati gerai Kelab Penulisan.
    ‘’Assalamualaikum. Maziah, abang nak jumpa, jap,’’ Banna mengajak adiknya
    beredar sedikit daripada gerai itu. Maziah meminta izin daripada Asiah Yusro.
    Asiah Yusro mengangguk lembut sambil mengukir senyuman. Sebelum beredar
    bersama abangnya, Maziah sempat mengambil cebisan-cebisan kertas berwarna
    biru yang baru dikoyak dari dalam lipatan sebuah buku.
    ‘’Kertas apa tu?’’ Banna menjeling.
    ‘’Tadi, ada sorang classmate Maziah bagi. Geli Maziah membaca ayat-ayat yang
    ditulis lalu dengan spontan tangan Maziah mengoyaknya. Maaf, tak sempat nak
    tunjuk kat abang..’’ Maziah meyerahkan cebisan-cebisan kertas itu ke tangan
    abangnya. Banna menyambut lalu membelek-belek.
    ‘’Lelaki ke?’’
    ‘’Kalau perempuan, Maziah tak kan buat macam ni, bang…’’
    ‘’Hidup remaja memang terlalu mencabar. Dugaan cinta macam ni akan datang
    silih berganti. Sebab tu lah kita hajat sangat pada tarbiyyah agar kita tak hanyut
    nanti.,’’nasihat seorang abang.
    ‘’Abang doakanlah selalu untuk Maziah ye. Hidayah tu milik Allah…Maziah
    takut hidayah tu hilang dari diri Maziah jika tergoda dengan ujian ni. Allah tak
    perlukan Maziah tapi Maziah memang terlalu memerlukan hidayah-Nya untuk
    selamat di dunia dan akhirat. Kalau kita tak jaga hidayah Allah, ia boleh pergi
    meninggalkan kita, kan bang?!’’
    (Syukurlah Allah masih memberi kesedaran ini kepada adikku. Wanita yang
    ditarbiyyah adalah sebaik-baik nikmat di dunia ini)
    ‘’Mmm.Sama-samalah kita berdoa….’’ Banna mengangguk setuju.
    ‘’Kau tengok tu! Patutlah dia koyak senang-senang je kad yang aku beli
    mahal-mahal, rupa-rupanya dah ada pak we,’’ bentak Fathil yang berada selang
    beberapa gerai dari kedudukan Maziah dan abangnya.
    ‘’A’ah lah Fathil. Eh, eh, dia tunjuk kat pak we dia pulak kad kau tu. Aku rasa,
    tentu pak we dia tengah hina kau teruk-teruk. Melampau diorang ni, Fathil,’’
    tambah Joe.
    ‘’Dating depan orang ramai pulak tu,’’ darah Fathil mendidih.
    ‘’Nampak je baik, tapi spesis Fika jugak ni. Yang aku bengang sangat, aku kenal
    pak we dia tu,’’gigi-gigi Fathil dicengkam kuat, bergemerincing.
    ‘’Siapa?’’
    ‘’Kawan roommate aku. Banna namanya. Ingatkan dia budak waro’, tapi sama
    setan cam aku je. Maziah tu pulak memang sengaja dating depan aku, nak
    sakitkan hati aku lah tu,’’
    ‘’Fathil, kau tengok je awek kau kena kebas depan mata? Kalau aku, aku takkan
    biarkan budak tu. Kena bagi penangan skit…’’
    ‘’Aku ni pantang dicabar, Joe. Aku tengah mendidih ni. Dah lah aku meluat
    ngan Fika ramai boyfriend, baru nak pikat perempuan baik, begini pulak
    jadinya. Kalau nak bagi penangan, bukan setakat Banna, Maziah dan Fika pun
    aku nak ajar sekali,’’
    ‘’Aku tahu kalau Fathil yang cakap memang dia buat,’’ Joe makin mengapiapikan
    kemarahan Fathil.
    ‘’Joe,malam ni kau dan Umar ikut aku belasah Banna, nak?’’
    ‘’Malam ni? Kenapa lambat sangat…sekarang ni pun dah boleh belasah ngan
    mulut. Semburlah pedas-pedas skit kat diorang yang tengah berasmara tu,’’
    Fathil makin terbakar dengan hasutan Joe.
    ‘’Maziah, tahu tak ziarah keluarga Hanif pada cuti semester lepas tu ada
    makna?’’
    ‘’Hanif mana ni bang?’’
    ‘’Alah, Hanif…kawan abang yang hitam manis tu. Dia tak de rupa sangat tapi
    agamanya, insyallah.’’
    ‘’Oh, yang ada bersama abang ketika kita jumpa hari tu?! Dia dari Sekolah
    Taman Islam jugak ke, bang?’’ Pergaulan yang terbatas di sekolah itu
    menyebabkan pelajar perempuannya kurang mengenali pelajar lelaki. Begitulah
    sebaliknya.
    ‘’Takk, dia sekolah biasa je. Tapi aktif ikut tarbiyyah kat sini. Dia dalam smart
    group yang sama dengan abang.,’’
    ‘’Maziah ingat….zaman kecil-kecil dulu, keluarganya selalu ziarah rumah kita.
    Tapi, bila dah besar macam ni dia jarang ikut keluarganya ziarah. Dia tu nakal
    masa kecil dulu,kan abang? Maziah cukup tak suka kat dia dulu. Dia selalu ejek
    Maziah macam-macam,’’
    ‘’Alah, masa kecil semua orang nakal. Perempuan biasanya baik sikit lah. Kalau
    kita tahu kelemahan seseorang, kita kena ingat, no body is perfect. Kita pun ada
    kelemahan. Membetulkan adalah tanggungjawab kita. Maziah macam mana
    sekarang ni? Boleh terima ke kalau keluarga Hanif masuk meminang?’’
    ‘’Sebenarnya, Maziah dah fikirkan semua ni. Umi dah bagitahu Maziah awalawal
    lagi. Ibubapa Hanif betul-betul berharap. Maziah tak kisah siapa pun yang
    bakal jadi suami Maziah, asalkan fikrahnya jelas dan dia berada di atas jalan
    tarbiyyah dan da’wah. Maziah tak pernah pandang rupa atau kekayaan, Maziah
    hanya hajat pada agama dan bimbingannya,’’
    ‘’Syukurlah, abang gembira dengan jawapan Maziah….’’
    Tiba-tiba…..
    ‘’Ingatkan perempuan pakai tudung labuh tu baik, tapi tak sangka ala-ala setan
    jugak. Nak dating pun pergi tempat lain lah woiii…’’laung Fathil dengan kuat ke
    arah Banna dan Maziah. Mereka terkejut. Beberapa orang pelajar yang lalu
    lalang memandang sinis ke arah mereka dengan kata-kata Fathil yang lantang
    itu. Banna cuba menjelaskan keadaaan. Dia menghampiri Fathil.
    ‘’Fathil…dengar sini…’’
    ‘’Aku kenal kau. Hipokrit. Berlagak baik tapi sebenarnya setan….’’
    ‘’Fathil…’’ Banna cuba bersuara lagi. Terhalang.
    ‘’Sudahlah….tak payah nak mengaku baik lagi. Sudah terang lagi bersuluh. Nak
    buat maksiat pun depan-depan orang. Buat malu nama universiti je,’’ Fathil
    tidak mahu mendengar apa-apa penjelasan daripada Banna selepas memalukan
    mereka berdua di khalayak ramai. Dia puas lalu meninggalkan mereka terpingapinga.
    Asiah Yusro melihat kejadian itu. Dia bergegas menghampiri Maziah.
    ‘’Sabarlah Maziah, Allah tahu nti adik- beradik,’’
    ‘’Manusia memang macam tu, bila timbul rasa dendam dan cemburu tak
    bertempat, dia mula lah nak lakukan perkara tak baik pada orang lain,’’ luah
    Maziah dengan gelagat Fathil, rakan sekelas yang sering mengganggunya saban
    hari.
    ‘’Maziah, pandanglah semua orang dari kacamata dakwah. Kasihan lelaki tadi,
    mungkin niat dia ikhlas nak mencegah mungkar di depan matanya tapi kurang
    teliti dengan tindakannya. Lagipun, kedudukan Maziah dan abang Maziah tadi
    memang boleh menimbulkan prasangka, betul tak ?’’ Maziah mengangguk.
    ‘’Kita doakanlah agar orang sepertinya akan mengenal tarbiyyah dan da’wah bil
    hikmah dengan izin Allah,’’ Kata-kata Asiah Yusro menenangkan hati Maziah.
    Dia berzikir memuji Allah.
    Banna datang menghampiri adiknya.
    ‘’Maziah, kita beristighfarlah atas kejadian tadi. Mungkin silap kita juga.
    Semuanya kerana salah faham,’’ Banna mengingatkan adiknya. Maziah
    tersenyum. Begitu juga Asiah Yusro.
    ‘’Insyallah, bang! Err, abang…dia lah yang menghantar kad biru tu. Maziah ada
    mendengar abang panggil nama dia tadi, abang dah kenal dia, ya?!’’ Tanya
    Maziah.
    ‘’Dia roommate Umar Al-Mujahid, bekas ketua pengawas sekolah kita dulu.
    Abang selalu ziarah biliknya,’’ Banna menerangkan. Di Taman Islam, siapa yang
    tak mengenal Umar Al-Mujahid.
    ‘’Oh, ingat tak peristiwa kat bus stop tu? Rasanya, Umar lah yang membonceng
    motor dia?’’ Maziah memandang Asiah Yusro. Asiah Yusro berfikir sesuatu.
    Hatinya resah mendengar nama Umar Al-Mujahid.
    (Apa khabar dia sekarang? Masihkah dia seperti dulu? Hebat dengan tarbiyyah
    dan da’wah…). Tak lama kemudian, Asiah Yusro bersuara,
    ‘’Ana pun rasa begitu. Bersyukurlah kalau lelaki tadi sebilik dengan Umar.
    Mudah-mudahan Umar boleh membimbingnya mengenal tarbiyyah dan
    da’wah,’’
    Banna terdiam dengan kata-kata itu.
    (Alangkah bagusnya kalau begitu. Tapi, aku takut si Fathil pula yang
    membimbing Umar agar lari dari hidayah Allah. Na’uzubillah. Astargfirullah,
    sangka tak baik kat orang pulak aku ni. Astargfirullah)
    Fathil masuk ke bilik dengan nafas kencang berombak di dada. Dipecat
    baju lalu dihempas kasar ke katil. Sejurus kemudian, dia merebahkan badan.
    ‘’Kenapa kau ni, Fathil? Masih gagal tackle Maziah ke?’’ tanya Umar yang sejak
    tadi memerhati. Umar baru sahaja selesai berbalas-balas sms dengan Fika.
    ‘’Aku bengang betul lah!’’
    ‘’Bengang apa?’’
    ‘’Maziah dating depan aku tadi lepas sesuka hati dia je koyak kad yang aku bagi.
    Siapa tak bengang?’’
    ‘’Orang dah ada pak we, cari lain je….’’
    ‘’Huh, tak semudah tu! Ni Fathil…dia belum kenal lagi siapa Fathil!’’
    ‘’Kau nak buat apa?’’ Umar ingin tahu.
    ‘’Aku nak belasah dia malam ni. Kalau kau kawan aku, kau kena ikut aku,’’
    ‘’Belasah perempuan?’’ (Gila!) bentak hati Umar.
    ‘’Bodoh! Belasah pak we dia lah…’’
    ‘’Eh, kau biar betul! Takkan sampai nak belasah orang,’’
    ‘’Kau memang penakut lah Umar. Benci! Bukannya aku nak belasah betul-betul.
    Takut-takutkan je. Joe pun ikut sekali, tak penakut macam kau! Kau
    bayangkanlah, dia sanggup rampas mak we aku dan sengaja ajak dating depan
    mata aku. Anak jantan mana tak tercabar? ‘’
    ‘’Bila masa kau berjaya jadikan Maziah awek kau? Orang rampas awek kau atau
    kau yang rampas awek orang?’’ Umar tahu Fathil tak pernah berjaya tackle
    Maziah.
    ‘’ Kau tahu apa Umar?! Tu lah…asyik gila bersms je. Kau kena ingat, kau dapat
    Fika pun sebab aku. Apa perasaan kau kalau aku nak berbaik balik ngan Fika
    dan ajak dia bermadu asmara depan mata kau?’’
    Umar akhirnya mengalah.
    ‘’Hah, tu dia! Kau sedia Joe, kau masuk dulu,’’ Fathil menunding jari tepat
    ke arah Banna yang baru sahaja keluar dari kolejnya menuju ke kafetaria. Wajah
    Banna agak samar dalam cahaya neon yang kurang terang. Fathil, Umar dan Joe
    bersembunyi di sebalik sebatang pokok pinang kota. Tatkala Banna melewati
    kawasan yang agak gelap itu, Joe menerajang Banna dari belakang sekuat hati.
    Tenaganya difokus padu kepada kaki. Banna jatuh terpelanting beberapa meter
    ke tanah. Mukanya tersembam ke batu sehingga hidungnya berdarah. Gigi
    taringnya hampir tercabut.Umar masuk menyerang dengan menyiku belakang
    Banna beberapa kali. Banna masih tersemban di situ. Dia menarik kolar baju
    Banna untuk membuat pukulan seterusnya namun langkahnya mati serta-merta
    tatkala terpandang wajah lelaki itu.
    Banna dan Umar saling berpandangan. Tangan kiri Umar masih kemas
    menggengam kolar baju Banna dan tangan kanannya menggumpal penumbuk.
    Perlahan-lahan Banna melepaskan gengaman dan meleraikan penumbuknya.
    Umar menghulurkan tangan, membantu Banna untuk bangun. Banna
    menyambut dan bangun membersihkan debu-debu tanah di badannya.
    (Kau Banna? Ah…kasihan kau!) kesal hati Umar.
    ‘’Cis, mampuslah korang berdua!’’ Fathil meradang melihat drama itu lalu cuba
    menyerang Umar dan Banna serentak. Umar bertindak pantas mematahkan
    serangan Fathil dengan menggunakan ilmu taekwando yang dimiliki. Fathil
    sempat membuka beberapa langkah silat tempang dan membuat tumbukan
    tepat sebelum serangannya dipatahkan. Joe pula masuk membantu tetapi
    silatnya juga berjaya dipatahkan oleh Banna walaupun sudah tercedera. Banna
    gagah dan tegap orangnya. Kalau tidak dipukul curi sebentar tadi, mungkin
    mereka tak berpeluang mencederakannya.
    ‘’Woii!!’’ seorang Pak Guard yang kebetulan meronda menjerkah mereka.
    Cahaya lampu picitnya yang terang meyuluh satu persatu wajah-wajah pelajar
    di hadapannya. Dia sudah berada terlalu dekat dengan mereka.
    (Tiada harapan untuk lari) dengus Joe.
    ‘’Woii. Korang gaduh ye?’’
    ‘’Tak, kami berlatih taekwando!’’ Fathil berdalih.
    ‘’Berlatih taekwando? Takkan sampai berdarah-darah cam ni?’’ Pak Guard
    menyuluh tepat ke arah Banna. Hidung dan mulutnya berdarah. Gigi taringnya
    yang longgar akibat tersemban ke batu, kini sudah tercabut kerana terkena
    penumbuk Joe.
    ‘’A’ah. Kami ada perlawanan minggu depan. Terpaksa berlatih kat kolej,’’
    tambah Joe.
    ‘’Jangan nak berdalih. Aku dah masak dengan perangai student. Tak de orang
    yang berlatih sampai berdarah cam ni,’’ Pak Guard masih curiga lantaran
    melihat darah yang makin membuak-buak keluar dari hidung Banna. Begitu
    juga mulutnya.
    ‘’Betul Pak cik. Saya berdarah sebab tersembam ke batu tadi. Tak sengaja,’’
    Banna pun terpaksa berbohong untuk meredakan keadaan yang menjadi
    semakin tegang.Bukan bohong tapi helah.
    ‘’Lain kali, kalau nak berlatih pun, pergilah dekat court . Yang korang berlatih
    dalam gelap tepi batu-batu kerikil ni, saper suruh? Sudah, aku tak nak tengok
    korang berlatih kat sini lagi. Cari tempat lain!’’ Pak Guard meyakini kata-kata
    Banna lalu minta mereka segera bersurai.
    ‘’Kau ingat, kau tunjuk baik, aku boleh maafkan kau?’’ api kemarahan Fathil
    masih menyala-nyala terhadap Banna. Telunjuknya tepat dihala ke arah batang
    hidung Banna. Ketika itu Pak Guard sudah pun berlalu pergi.
    ‘’Woii, Fathil! Kenapa kau tak cakap awal-awal kau nak belasah kawan aku,
    hah?’’ Umar menengking Fathil. Joe sedang mengurut-ngurut lengannya yang
    sakit dipulas Banna sebentar tadi.
    ‘’Kau ingat aku ni bodoh sangat nak bagitahu kau? Mesti kau tolak awal-awal.
    Aku nak kau nampak sendiri, kawan kau yang tak guna ni lah rampas mak we
    aku. Pas tu dating depan orang ramai, buat maksiat!’’
    Umar terdiam. Dia memandang Banna seketika. Dia teringat Banna ada
    mengatakan bahawa dia ingin berjumpa adik kembarnya ketika akhir pertemuan
    mereka petang tadi.
    idhamcute
    idhamcute
    Facilitator


    Hatiku Millikmu (Sinopsis) Empty Re: Hatiku Millikmu (Sinopsis)

    Post by idhamcute Tue Apr 14, 2009 5:16 pm

    Aqma, sinopsis pon pnjg....x lrt nak baca la.....
    qamar91
    qamar91
    Facilitator


    Hatiku Millikmu (Sinopsis) Empty Re: Hatiku Millikmu (Sinopsis)

    Post by qamar91 Wed Apr 15, 2009 11:21 am

    apa la am ni........mana pjg pon.....
    SisDyna
    SisDyna
    Admin


    Hatiku Millikmu (Sinopsis) Empty Re: Hatiku Millikmu (Sinopsis)

    Post by SisDyna Wed Apr 15, 2009 2:07 pm

    hmmm...besa la...org lepas SPM mmg camtu...malas baca!tengok Aqmar..rajin!tidoQ pun dakap buku
    SisDyna
    SisDyna
    Admin


    Hatiku Millikmu (Sinopsis) Empty Re: Hatiku Millikmu (Sinopsis)

    Post by SisDyna Wed Apr 15, 2009 6:22 pm

    Atas Nama Cinta

    UNIC - Atas Nama Cinta.mp3

    www.musik-live.net : Free Streaming Mp3 & Videos Online" href="http://www.musik-live.net">get more free mp3 & video codes at www.musik-live.net


    Tika mata
    Diuji manisnya senyuman
    Terpamit rasa menyubur harapan

    Dan seketika
    Terlontar ke dunia khayalan
    Hingga terlupa singkat perjalanan
    Tersedar aku dari terlena
    Dibuai lembut belaian cinta

    Rela aku pendamkan
    Impian yang tersimpan
    Enggan ku keasyikan
    Gusar keindahannya
    Merampas rasa cinta
    Pada Dia yang lebih sempuna

    Bukan mudah
    Bernafas dalam jiwa hamba
    Dan ku cuba
    Menghindarkan pesona maya
    Kerna tak upaya ku hadapinya
    Andai murka-Nya menghukum leka

    Diatas nama cinta
    Pada yang selayaknya
    Kunafikan yang fana
    Moga dalam hitungan
    Setiap pengorbanan
    Agar disuluh cahaya redha-Nya


    Biar sendiri hingga hujung nyawa
    Asal tak sepi dari kasih-Nya
    Kerna sesungguhnya hakikat cinta
    Hanya Dia yang Esa

    Saratkan hati ini dengan cinta hakiki
    Sehingga ku rasai
    Nikmat-Nya
    Syurga-Nya
    Cinta-Nya
    ilyas_kakashi
    ilyas_kakashi
    Admin


    Hatiku Millikmu (Sinopsis) Empty Re: Hatiku Millikmu (Sinopsis)

    Post by ilyas_kakashi Sun Apr 19, 2009 10:24 pm

    apa plak.. saya time skul menengah malas gila nak baca buku.. tny org rajin arr... tapi dah spm nih siap bli buku sniri g oo.... hehe :B

    Sponsored content


    Hatiku Millikmu (Sinopsis) Empty Re: Hatiku Millikmu (Sinopsis)

    Post by Sponsored content


      Current date/time is Fri May 17, 2024 6:26 pm