Rebutia Fan Club



Join the forum, it's quick and easy

Rebutia Fan Club

Rebutia Fan Club

Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Forum Untuk Semua Jurulatih, Fasilitator dan Peserta Program Rebutia...Ukhuwwah itu indah..bila bertemu dan berpisah kerana Allah


4 posters

    Berhati-hati Dengan Cinta

    SisDyna
    SisDyna
    Admin


    Berhati-hati Dengan Cinta Empty Berhati-hati Dengan Cinta

    Post by SisDyna Thu Apr 09, 2009 1:33 pm

    “Ko jangan banyak cakap. Ko tak kena lagi. Kalau ko kena penangan cinta ni, baru ko tahu!” tempelak Zack apabila menerima teguran Azim.

    “Habis kamu nak tunggu mayat dalam kubur tegur kamu ke?” Azim menamatkan perbualan. Bosan.

    Memang susah mahu bercakap dengan orang yang sedang asyik cinta. Fikirannya lumpuh dan seluruh dunia dituduhnya bodoh kerana tidak memahami apa yang sedang dialami.

    “Cinta itu kurap, makin digaru makin sedap!” rengek seekor buaya di kafe kampus di hadapan kekasih pujaannya.

    Cakap mereka jadi tidak tentu hala. Nasihat sesiapa pun semuanya ditepis mudah. Mereka mabuk cinta. Mereka dibius cinta.

    CINTA ZULAIKHA JADI IKTIBAR


    Allah Subhanahu wa Ta’aala sudah pun mengajar manusia menguruskan cinta. Ia bagai minyak petrol. Gunanya untuk menjana tenaga kerja. Kuasanya hebat. Tetapi cinta itu mudah terbakar. Mudah menyambar apabila tersentuh. Justeru manusia sudah awal-awal lagi diberitahu, berhati-hati dengan cinta.

    Tetapi manusia sering lupa.

    Mungkin kerana kurang kasih sayang dalam kehidupan, ramai yang tidak menyempat-nyempat mahu bercinta. Dan dengan fikiran yang masih seputik jagung, bersama nafsu yang panas membara, ramai yang dibius cinta.

    Soal dibius cinta ini bukanlah soal baru. Ia sudah pernah berlaku, malah sudah pun mempamerkan segala bencana dan keaiban-keaiban yang datang mengiringinya. Dibius cinta, adalah bencana yang menimpa wanita bergelar * Zulaikha.


    Dia mabuk cinta bukan dengan al-Aziz suaminya. Tetapi keberahiannya tumpah kepada anak muda yang dijaganya semenjak kecil. Anak angkatnya sendiri. Bernama Yusuf. Nabi Allah Yusuf ‘alayhi al-Salaam. Keinginannya kepada Yusuf menyebabkan wanita itu sanggup untuk melakukan apa sahaja. Diperangkapnya Yusuf hingga terfitnah anak muda yang suci bersih itu.

    “Apa yang engkau tahu pasal cinta?” bentak seorang perempuan mabuk cinta apabila ditegur rakannya.

    Mungkin soalan ini jua yang berlegar di benak Zulaikha.

    “Apa yang orang ramai tahu tentang perasaanku terhadap Yusuf? Mereka mengata, aku merasa. Aku yang menanggungnya!” begitulah mungkin bayangan kita tentang kata-kata Zulaikha semasa kemahuannya kepada Yusuf menjadi buah mulut orang ramai.

    Suaminya sudah memberi nasihat. Al-Aziz memberitahu Yusuf supaya melupakan kejadian baju terkoyak di kamar itu dan buat sang isteri, bertaubatlah kepada Allah…

    “Wahai Yusuf, lupakanlah hal ini. dan engkau (wahai Zulaikha), mintalah ampun bagi dosamu. Sesungguhnya engkau adalah dari orang-orang yang bersalah!” [Yusuf 12: 29]

    Bukankah ini nasihat yang sama kita ulang-ulangkan kepada rakan-rakan yang mabuk cinta? Bukan tidak jelas apa yang diberitakan. Bukan tidak berhikmah apa yang dinasihatkan. Namun manusia yang dibius cinta, sudah hilang pertimbangan fikirannya.

    Zulaikha lebih nekad.

    Dikumpulnya teman-teman yang mengata. Mahu dibuktikan betapa cintanya bukan sebarangan. Kamu yang tidak kena, tidak memahaminya.

    ZULAIKHA DIBIUS CINTA


    “Dan (sesudah itu) perempuan-perempuan di bandar (mencaci hal Zulaikha dengan) berkata: isteri Al-Aziz itu memujuk hambanya (Yusuf) berkehendakkan dirinya, Sesungguhnya cintanya (kepada Yusuf) itu sudahlah meresap ke dalam lipatan hatinya; Sesungguhnya Kami melihatnya berada di dalam kesesatan yang nyata!” [Yusuf 12: 30]

    Qad syaghafaha hubba!

    Itulah ungkapan al-Quran tentang manusia yang dibius cinta. Keinginannya yang membuta tuli itu menyelinap masuk ke seluruh tubuh hingga terangkat segala rasa malu yang selama ini membenteng diri dari perbuatan yang mengundang kerendahan.

    Inilah yang sedang dialami oleh teman-teman kita yang ghairah dengan cinta. Janganlah kita berpura-pura hairan dengan kerenah mereka. Hairan dengan ilmu yang penuh di dada, hairan dengan janggut sejemput penghias dagu, atau hairan dengan tudung labuh yang membalut tubuh. Dengan cinta sebegini, tudung tidak bertudung, janggut tidak berjanggut, mereka sudah lumpuh dari alam realiti.

    Justeru Allah Subhanahu memberitahu kita, bahawa golongan yang seperti ini:

    “…Sesungguhnya Kami melihatnya berada di dalam kesesatan yang nyata!” [Yusuf 12: 30]

    Cinta yang bukan sekadar buta.

    Cinta yang bukan sekadar membius kewarasan minda.

    Tetapi cinta yang akhirnya mengheret manusia ke dalam kesesatan yang nyata.

    Kesasatan itu menjadikan Zulaikha gila. Dia mahu membuktikan bahawa dalam cintanya kepada Yusuf, bukan dirinya yang bersalah. Tetapi Yusuf dan rupa parasanya, serta panahan cinta itu yang menggilakannya. Dikumpulkan teman-teman yang mengata itu tadi, untuk mereka pula diuji sihir cinta memandang Yusuf.

    “Maka apabila ia (Zulaikha) mendengar cacian mereka, dia pun menjemput mereka dan menyediakan satu jamuan untuk mereka, serta memberi kepada tiap seorang di antara mereka sebilah pisau. Lalu pada ketika itu berkatalah ia (kepada Yusuf): “keluarlah di hadapan mereka”. Maka ketika mereka melihatnya, mereka tercengang melihat kecantikan parasnya, dan dengan tidak sedar melukakan tangan mereka sambil berkata: “Jauhnya Allah dari kekurangan! Ini bukanlah seorang manusia, ini tidak lain melainkan malaikat yang mulia!” [Yusuf 12: 31]


    Teman-teman yang mengata itu tadi juga terpukau. Bukan sahaja mata mereka tidak dapat lari dari memandang Yusuf, malah biusan cinta itu menyebabkan mereka melukakan tangan tanpa sedar. Benar-benar dibius cinta. Justeru berhasillah perangkap Zulaikha. Bahawa memang selama ini mereka yang mengata itu berkata demikian kerana mereka tidak mengetahui bahana cinta. “Kini tahulah mereka apa yang menyeksa diriku selama ini” demikian hati isteri al-Aziz itu berdetik.

    “(Zulaikha) berkata: “Inilah orangnya yang kamu tempelak aku mengenainya! Sebenarnya aku telah memujuknya berkehendakkan dirinya tetapi ia menolak dan berpegang teguh kepada kesuciannya; Dan demi sesungguhnya kalau ia tidak mahu melakukan apa yang aku suruh tentulah ia akan dipenjarakan, dan akan menjadi dari orang-orang yang hina.” [Yusuf 12: 32]

    SULITNYA MENYEDARKAN DIA

    Bius itu suatu kelumpuhan. Resapannya merebak ke seluruh tubuh badan. Manusia yang dibius cinta tidak lut dengan cakap-cakap biasa manusia di sekitarnya. Malah debat-debat antara kita dan dia mungkin menambahkan lagi jauhnya diri dia dari kebenaran.

    Apa yang perlu adalah sebuah keteguhan.

    Bagi mereka yang bersungguh memegang iman, ketahuilah bahawa mujahadahmu mencegah diri dari biusan cinta, harganya boleh sampai ke nilai sebuah PENJARA. Itulah pilihan Yusuf. Tidak tunduk kepada cinta, tidak tunduk kepada paksa, tidak tunduk kepada suasana. Yusuf meminta kepada Allah, andai penjara itu bisa menyelamatkan diri baginda dari dosa dan maksiat biusan cinta, PENJARA itulah mohon dikurniakan sebagai jalan keluarnya.

    “Yusuf berkata: “Wahai Tuhanku! Aku lebih suka kepada penjara dari apa yang perempuan-perempuan itu ajak aku kepadanya. Dan jika Engkau tidak menjauhkan daripadaku tipu daya mereka, mungkin aku akan cenderung kepada mereka, dan tergolonglah aku dari kalangan kaum yang jahil” [Yusuf 12: 33]

    Ya… dalam mujahadah kita menjauhkan diri dari cinta dosa yang penuh dusta itu, apakah kita sudah menguatkan hati sekukuh pendirian Yusuf?

    NASIHAT BUAT ADIK-ADIKKU

    Wahai adik-adik remaja sekalian, sesungguhnya cinta itu BESAR. Jangan diremehkan cinta. Gunanya besar untuk kebaikan. Namun salah gunanya juga besar mengundang bencana kemusnahan. Hari ini, bukan sekadar Zulaikha dan wanita bangsawan itu yang terkena biusan cinta, malah segala yang berada di sekitarmu, merangsang diri untuk tunduk kepada desakan trend semasa ini. Jalan untuk cinta dosa dan zina terbentang luas, berbanding jalan taat yang sulit dan penuh liku.

    Justeru penjarakanlah dirimu dengan semangat Yusuf. Peliharalah kesucian dirimu dengan kesungguhanmu berpegang dengan tali Allah. Janganlah sekadar berdolak dalih secebis dua, sudah dikatakan telah berusaha. Sedangkan Yusuf merengkok bertahun di penjara, agar tidak menjadi mangsa BIUSAN CINTA.

    Dan bagi mereka yang terus mabuk dibius cinta, tidak mudah bagi kita untuk mencapai mereka. Tidak mudah untuk berkomunikasi dengan mereka. Berusahalah sedaya yang kamu ada, dan berikan masa untuk menjadi sebahagian daripada penawarnya. Zulaikha itu mengambil tempoh yang panjang untuk akhirnya tersedar, bahawa beliau telah lama tersesat di dalam dosa, kerana membiarkan diri dibius cinta. Kebenaran Yusuf akhirnya diperakui, Zulaikha bertaubat kepada Allah… akhir sebuah perjalanan yang panjang, seperti yang terungkap dalam firman-Nya di dalam Surah Yusuf ayat 51.

    Berhati-hatilah dalam permainan cinta.

    Kalian tidak tahu apa yang menanti di hadapan sana.

    ABU SAIF @ www.saifulislam.com
    68000 Ampang

    * Nama Zulaikha tidak mempunyai sandaran terhadap sumber al-Quran mahu pun Sunnah Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam. Beliau hanya digelar sebagai isteri al-’Aziz (imra’ah al-’Aziz) Nama itu diguna pakai sekadar untuk memudahkan penceritaan. Harap maklum.
    __ERTI HIDUP PADA MEMBERI. Perkongsian anda, biar pun hanya secawan kopi amat bermakna dalam usaha menampung perjalanan saifulislam.com ini. Terima kasih




    ©️ SAIFULISLAM.COM (1998 – 2008)

    Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.

    "Erti Hidup Pada Memberi"

    ABU SAIF @ www.saifulislam.com
    56000 Kuala Lumpur
    ilyas_kakashi
    ilyas_kakashi
    Admin


    Berhati-hati Dengan Cinta Empty Re: Berhati-hati Dengan Cinta

    Post by ilyas_kakashi Sun Apr 12, 2009 12:58 pm

    masyaAllah pnjg nya... tapa2.. nnti baca len.. stakat nih baca nasihat jer dlu.. hehe.. Very Happy
    idhamcute
    idhamcute
    Facilitator


    Berhati-hati Dengan Cinta Empty Re: Berhati-hati Dengan Cinta

    Post by idhamcute Thu Apr 16, 2009 5:19 pm

    Kak Deena, dlm setiap diri manusia sememangnya Allah sudah beri rasa kasih dan sayang atau mungkin CINTA. Cuma manusia menyalahgunakan perasaan pemberian Dia.
    Saya nak bertanya, adakah rasa CINTA atau kasih sayang itu salah satu ujian Allah buat hamba-hambanya dalam membezakan siapa manusia dan siapa Pencipta?
    Satu lagi, apa beza CINTA manusia dan CINTA Allah S.W.T?
    (Faham soalan x?)
    SisDyna
    SisDyna
    Admin


    Berhati-hati Dengan Cinta Empty Re: Berhati-hati Dengan Cinta

    Post by SisDyna Thu Apr 16, 2009 5:44 pm

    (faham2..jwb yang dalam kurungan dulu!hehe...kena letak dalam kurungan jugak!)Razz

    Kalau ikut dalam al-Qur'an antara yang disebutkan sebagai UJIAN ialah kelaparan, anak-anak,ketakutan, kemiskinan, kekayaan, ladang, ibubapa, ternakan, rugi perniagaan dan wanita...

    tidak disebut CINTA secara spesifik..tetapi kalau kita ambil yang terakhir tu mungkin ada kaitan..

    kalau nak ditanya kepada Kak Dyna adakah cinta itu ujian Allah? jawapan kak dyna, cinta itu satu alat yang digunakan oleh Allah untuk bertanya kepada kita "Berapa penting Aku untuk kamu?" Cinta hanya salah satu alat-alat ujian...banyak lagi yang lain...

    tetapi, takkan Allah jadikan rasa kasih dan sayang dalam diri kita sebagai FITRAH dan akhirnya FITRAH menjadi FITNAH!!

    rasa sayang memang FITRAH...dari Tuhan Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang..rasa kasih kerana Allah...ingin melihat saudara kita berjaya, ingin bantu saudara kita yang 'kegelapan', ingin bersama berbuat amal agar kita mampu bersama-sama berkumpul di syurga...Rasa sayang dan kasih yang tumbuh dari Cinta Kita Yang Paling Agung, Cinta Kepada ALLAH...

    Yang menjadi persoalan, cinta yang hadir bukan kerana ALLAH..tapi NAFSU! Jelas sekali, rasa ingin memiliki, dikasihi, dipuja dan memuja, asyik masyuk yang entah dari mana datang secara tiba-tiba bila bertentang mata kali pertama adalah panahan dari syaitan!! Kenapa perlu rasa memiliki? bukankah kita sendiri tidak pernah memiliki diri kita...kenapa ingin diserahkan jiwa dan raga? sedangkan hidup dan mati kita bukan milik sendiri..bagaimana timbul rasa ingin dipuja dan memuja? sedangkan diri kita amat lemah dan hina...

    Sebab itu, bila tiba-tiba 'Kuch Kuch Hota Hai' cuba tanya pada diri, dari mana datangnya perasaan itu? berikan tempoh yang lama kepada perasaan itu, jangan bertindak..lambat-laun kita akan sedar itu bukan dari HATI tetapi NAFSU sebenarnya...mungkin kita pula yang jadi hairan...bila kita ketemu orang lain, perasaan yang sama akan timbul!!

    [img]
    Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


    beza paling besar mengharap cinta Allah dan cinta manusia...ALLAH PASTI AKAN MEMBALAS CINTA HAMBANYA...tetapi manusia? penilaiannya bertapis2...

    carilah cinta manusia kerana cintakan ALLAH

    carilah ibu untuk anak-anakmu...bukan teman sepanjang hidupmu kerana kita tidak tahu sampai bila kita akan ditemani dan menemani...

    bernikahlah kerana ia sunnah..untuk meramaikan lagi ummat Muhammad...agar Rasulullah SAW tersenyum bangga kerana ramainya ummat baginda...
    Surprised
    idhamcute
    idhamcute
    Facilitator


    Berhati-hati Dengan Cinta Empty Re: Berhati-hati Dengan Cinta

    Post by idhamcute Thu Apr 16, 2009 5:52 pm

    Terima kasih byk2 Sis Smile
    Cari CINTA manusia kerana Allah
    Cari IBU untuk anak-anak
    BERNIKAH kerna sunnah



    [/u]
    ilyas_kakashi
    ilyas_kakashi
    Admin


    Berhati-hati Dengan Cinta Empty Re: Berhati-hati Dengan Cinta

    Post by ilyas_kakashi Sat Apr 18, 2009 4:33 pm

    klu bernikah kerana sunnah poligami tauk mana??? haha.... lol! lol! lol!
    idhamcute
    idhamcute
    Facilitator


    Berhati-hati Dengan Cinta Empty Re: Berhati-hati Dengan Cinta

    Post by idhamcute Sat Apr 18, 2009 11:45 pm

    Amboi....dah pndai ckp pasai poligami.
    Aku ni baqu niat nak setia pd yg 1...ank dh tnya pasai poligamai...
    yelah2, aku kawin 4 nnti..
    SisDyna
    SisDyna
    Admin


    Berhati-hati Dengan Cinta Empty Re: Berhati-hati Dengan Cinta

    Post by SisDyna Sun Apr 19, 2009 9:34 am

    Rolling Eyes
    kena baca balik SUNNAH DALAM POLIGAMI banyak2 sikit la...
    orang la POLIGAMI sebab NAFSU bukan sebab SUNNAH..
    ilyas_kakashi
    ilyas_kakashi
    Admin


    Berhati-hati Dengan Cinta Empty Re: Berhati-hati Dengan Cinta

    Post by ilyas_kakashi Sun Apr 19, 2009 10:29 pm

    ooo.. suda tukar ka???? scratch
    mie
    mie


    Berhati-hati Dengan Cinta Empty Re: Berhati-hati Dengan Cinta

    Post by mie Sat May 09, 2009 1:34 am

    salam... CINTA ea... ermm... perkataan 'cinta' tu besar dan berat... dengan adanya perasaan tu... boleh menjadikan diri manusia itu jatuh dan bangun, buruk dan baik, dan berskhlak dan tidak... ia bergantung pada diri seseorang. Tetapi kl kita fikirkan dan kita lihat, insan kini lebih kepada cinta berdasarkan nafsu... tu sebab banyak kes-kes dan perkara yang tidak diingini banyak berlaku... sedih2... bila lahir berdasrkan nafsu, kompomlah syaitan yang mendorongnya... ada pro n contra. pada mie, mie lebih suka gunakan perkataan kasih sayang... tu lebih bermakna... lebih elok.. dan jadikanlah ianya sebagai pendorong dalam diri kita untuk berjaya dan jadi lebih baik.. kan elok begitu... dan dijaga segala hubungan berdasarkan syariah... barulah manis gitu... cinta yang disulami dengan cinta kepada Yang Maha Berkuasa... ni cuma pandangan peribadi..hehehehe...

    owh ye... kebetulan kan... selamat hari ibu kepada semua ibu-ibu... hehehe... menyintai ibu lagi baik... huhuhuhu...

    Sponsored content


    Berhati-hati Dengan Cinta Empty Re: Berhati-hati Dengan Cinta

    Post by Sponsored content


      Current date/time is Fri May 03, 2024 8:59 am